MOTO

MOTO

JAWI

JAWI

DASAR KOKURIKULUM SMK JAWI 2014


  1. PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan asas untuk mewujudkan jatidiri yang tinggi dalam kalangan pelajar melalui program kokurikulum dan sukan.Penglibatan aktif pelajar dalam program kokurikulum dan sukan akan membantu menyediakan pendidikan yang holistik untuk meningkatkan kemahiran sosial pelajar dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan mereka selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.Program kokurikulum dan sukan adalah pemangkin perpaduan dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

  1. MOTTO
Transformasi Kokurikulum Melestari Kecemerlangan SMK Jawi.

  1. VISI
SMK Jawi menjadi sekolah cemerlang kokurikulum tahun 2015

  1. MISI
Membangun dan memantapkan program kokurikulum yang berkualiti, terancang, inovatif dan komprehensif bagi memperkasa potensi dan bakat pelajar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  1. MATLAMAT

5.1          Melahirkan pelajar yang prihatin terhadap kecergasan dan kesihatan fizikal supaya
boleh mencapai kecemerlangan dalam pertandingan kokurikulum dan sukan.

5.2          melahirkan pelajar yang aktif, produktif, berdisiplin, bersemangat sukan yang tinggi dan bersatupadu.

5.3          Menyediakan peluang penyertaan yang seluas-luasnya di kalangan pelajar melalui program dan aktiviti kokurikulum dan sukan kea rah kecemerlangan.

5.4          Mengimbang perancangan program kokurikulum dan sukan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5.5          Memastikan semua guru melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan serta berusaha untuk mengecapi kecemerlangan dengan prasarana yang sedia ada.
  
  1. OBJEKTIF
6.1          Merancang, mengurus dan melaksana  program kokurikulum dan sukan.

6.2          Menyelaras dan menilai program kokurikulum dan sukan.

6.3          Meningkatkan kepimpinan dalam pengurusan program kokurikulum dan sukan


 Kata Imam Al-Ghazali:

“ Seorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpa memikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan jadi guru”


  1. NILAI KEBERSAMAAN   (PIKAT)

PROFESIONAL       -          Mempelajari dan menguasai ilmu secara mendalam serta
mempunyai kemahiran yang tinggi berkaitan dengan bidang-
bidang yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab.

INTEGRITI                -           Melaksanakan   tugas dan tanggungjawab dengan berteraskan
sifat jatidiri, keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, benar, boleh dipercayai serta mematuhi sepenuhnya kod etika kerja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

            KUALITI                    -           Memastikan perkhidmatan yang memenuhi kehendak
pelanggan dan mencapai tahap standard yang ditetapkan oleh sekolah.

            AMANAH                   -           Menjalankan tugas dengan jujur, penuh rasa tanggungjawab
dan iltizam yang tinggi selaras dengan akujanji yang telah diikrarkan dalam perkhidmatan.

            TEKUN                      -           Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi dan komitmen yang tinggi berteraskan semangat kerja sepasukan.

  1. KRA (Key Result Area)/Petunjuk Keberhasilan Utama  Dan KPI (Key Performance Indicator)/Petunjuk Prestasi Utama bagi kokurikulum

8.1       KRA 1            -           MEWUJUDKAN SISTEM PENGURUSAN
KOKURIKULUM YANG CEKAP, BERINTEGRITI DAN
BERKUALITI
                                   
                                    KPI 1    -           100% unit dalam kokurikulum mempunyai
perancangan strategik dan perancangan tahunan.

                                                KPI 2    -           100% bilangan perjumpaan menepati arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia (badan beruniform=18 kali, sukan & permainan = 12 kali dan kelab & persatuan = 12 kali)
                       
                                                KPI 3    -           100% perancangan setiap unit dalam kokurikulum
mengikut taqwim yang ditetapkan.

                                                KPI 4    -           100% maklumat dalam fail setiap unit mengandungi 25
perkara sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

                                                KPI 5    -           100% peruntukan kewangan digunakan untuk aktiviti
kokurikulum secara efektif dan menyeluruh.

                                                KPI 6    -           100% program yang dirancang dalam taqwim telah
dilaksanakan mengikut prosedur sedia ada.
                                               
                                                KPI 7    -           100% guru tingkatan melengkapkan data kokurikulum
mengikut tempoh yang ditetapkan.

                                                KPI 8    -           100% guru penasihat dan guru tingkatan
melengkapkan proses penilaian kokurikulum mengikut tempoh yang ditetapkan.




8.2       KRA 2            -           MEMBUDAYA DAN MEMAKSIMUMKAN
PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI
KOKURIKULUM.
                       
KPI 1    -           100% pelajar mendaftar dalam ketiga-tiga aktiviti
kokurikulum.

                                                KPI 2    -           100% kehadiran dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.

                                                KPI 3    -           100% pelajar lulus minimum gred C dalam penilaian
kokurikulum.

                                                KPI 4    -           10% pelajar lulus gred A dalam penilaian kokurikulum
           
                                                KPI 5    -           100% pelajar tingkatan 5 mencapai markah 1 ke atas
untuk 10% CGPA.

8.3       KRA 3            -           MENCAPAI PRESTASI CEMERLANG DALAM
SUKAN DAN KOKURIKULUM AKADEMIK

KPI 1    -           80% pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum akademik Sekolah.

                                                KPI 2    -           100% aktiviti sukan dan kokurikulum akademik sekolah
dilaksanakan mengikut perancangan.

                                                KPI 3    -           Peningkatan pencapaian sukan dan kokurikulum
akademik di peringkat zon, daerah dan negeri.

                                                KPI 4    -           10% pelajar yang menyertai pertandingan MSSPP
terpilih mewakili daerah dan negeri.

                                                KPI 5    -           90% penyertaan sekolah dalam semua pertandingan
MSSPP dan pembangunan sukan.

                                                KPI 6    -           100% pelajar yang menang dalam pertandingan sukan
dan kokurikulum akademik diberi pengiktirafan oleh sekolah.

                                                KPI 7    -           100% sistem latihan yang dijalankan adalah
terancang, sistematik dan berkualiti.

                                                KPI 8    -           100% sukan dan kokurikulum akademik yang dijangka
berpotensi memberi kemenangan diberi lebih 
perhatian dan tumpuan.
           
            8.4       KRA 4            -           MEMPERKASA PASUKAN BADAN
BERUNIFORM
                                    KPI 1    -           100% pelajar terlibat dalam aktiviti badan beruniform.

                                    KPI 2    -           50%  pelajar terlibat dalam pertandingan berkaitan
badan beruniform.

                                                KPI 3    -           90% penyertaan sekolah dalam pertandingan
berkaitan kokurikulum   

                                                KPI 4    -           100% pelajar memiliki uniform lengkap bagi unit
masing-masing

                                                KPI 5    -           80% pelajar dapat menguasai kemahiran dalam badan
beruniform terutama kawat.

  1. DASAR KOKURIKULUM SMK JAWI 2014

1.     Fail Kokurikulum

i)              Sentiasa berada di bilik PK Kokurikulum dan perlu dikemaskinikan dari semasa ke
semasa.
ii)          Fail kokurikulum mestilah lengkap dan mengandungi:
Bil
Perkara
Catatan
1
Surat Permohonan Penubuhan
- Draf Perlembagaan


- Draf Aktiviti Utama


- Senarai J/kuasa Penaja
2
Surat kelulusan penubuhan daripada Pengetua / Guru Besar

3
Surat pelantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat

4
Minit Mesyuarat Agung penubuhan

5
Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua

6
Senarai Jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua

7
Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua

8
Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleb Pengetua

9
Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Pemimpin

10
Surat permohonan Bendahari mengutip derma keahlian daripada Setiausaha kepada Pengetua

11
Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua

12
Akaun kewangan / belanjawan yang disahkan

13
Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada persatuan melalui Guru Pemimpin kepada Pengetua

14
Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua

15
Surat pernohonan untuk menjadi abli gabungan kepada Badan Induk

16
Surat penerimaan menjadi ahli gabungan

17
Minit-minit mesyuarat yang diadakan

18
Surat-surat Pekeliling berkaitan daripada
i.   KPM / JPN /PPD


iv.  Sekolah
19
Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli

20
Laporan setiap aktiviti

21
Laporan Tahunan

22
Daftar penilaian bagi setiap ahli

23
Surat penyerahan kembali kuasa dan pelantikan sebagai Guru Pemimpin daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua

24
Stok dan inventori

25
Contoh Sijil / Surat Penghargaan

iii)            Setiap unit akan diberi satu fail aktiviti untuk tujuan merekodkan aktiviti kokurikulum yang dijalankan mengikut unit.
iv)            Pergerakan fail akan sentiasa dipantau oleh Setiausaha & Penolong Setiausaha
Kokurikulum; Penyelaras -Persatuan/Kelab & Sukan/Permainan & Unit Beruniform.


  
            Fail penyelaras Kelab Sukan & Permainan, Badan beruniform dan Persatuan & Kelab
mesti mengandungi perkara-perkara berikut:
           
BIL
PERKARA
ADA
TIADA
1
Carta organisasi jawatakuasa  Induk


2
Carta Organisasi unit kokurikulum


3
Carta organisasi sub unit dalam unit kokurikulum


4
Takwim induk


5
Takwim perjumpaan setiap unit


6
Takwim perjumpaan 1M1S



Jadual aktiviti setiap unit/sub unit


7
Rancangan 5 tahun unit/perancangan strategik/blue print(beserta carta gantt)


8
Rancangan aktiviti tahunan unit


9
Rancanganaktiviti  tahunan sub unit (beserta carta gantt)


10
Perlembagaan setiap sub unit


11
Borang bancian setiap unit(data penglibatan pelajar ikut unit)


12
Data kokurikulum mengikut kelas


13
Senarai keahlian setiap sub unit


14
Surat perlantikan sebagai guru penasihat (salinan)


15
Notis mesyuarat Penyelarasan (4 kali), mesyuarat sub unit


16
Minit mesyuarat  Jawatankuasa induk


17
Minit mesyuarat jawatankuasa penyelarasan


18
Minit mesyuarat agung


19
Minit mesyuarat jawatankuasa sub unit


20
Anggaran perbelanjaan aktiviti setiap unit


21
Anggaran perbelanjaan aktiviti setiap sub unit


22
Ringkasan laporan aktiviti yang dilaksanakan oleh sub unit


23
Laporan pencapaian dalam pertandingan


24
Laporan markah penilaian 10% kokurikulum setiap unit


25
Laporan tahunan setiap unit


26
Laporan tahunan setiap sub unit


27
Laporan stok dan inventori


28
Contoh sijil pencapaian/sijil penghargaan/sijil penyertaan


29
Surat-surat pekeliling




2.     Buku log kokurikulum

i)          Buku log kokurikulum disimpan oleh guru tingkatan. Guru tingkatan hendaklah
memastikan semua pelajar dalam kelasnya mempunyai buku log kokurikulum.
ii)          Semasa aktiviti kokurikulum, pelajar akan menggunakan buku log  kokurikulum di bawah seliaan guru penasihat .Buku log kokurikulum perlu ditandatangani oleh guru penasihat unit masing-masing.Catat penglibatan dan pencapaian jika ada.
v)             Buku log kokurikulum ini hendaklah diserahkan kembali kepada guru tingkatan selepas   
aktiviti .
vi)          Guru tingkatan hendaklah mengemaskini dan mengawal selia buku log kokurikulum dengan baik.
           vii)         Pada penghujung tahun , Guru Tingkatan hendaklah mengira dan memberi   
markah kokurikulum mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.



3.                 Pendaftaran kokurikulum
i)              Pendaftaran semula dan pendaftaran baru bagi Persatuan/Kelab dan Sukan/Permainan bagi tahun 2014 hendaklah dibuat kepada semua pelajar tahun 2014.Bagi pasukan badan beruniform, pendaftaran hanya dibuat kepada pelajar peralihan dan tingkatan 1 sahaja. Pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5, kekal dengan pasukan badan beruniform yang didaftarkan pada tahun 2013.
ii)             Sebarang pertukaran mesti dinyatakan secara bertulis oleh pihak waris dan mendapat kebenaran daripada penolong kanan kokurikulum.

iii)            Bilangan maksima ahli seperti berikut:

            a)         Persatuan / Kelab (kecuali PRS) 50 orang
            b)         Sukan / Permainan                    100 orang
            c)         Unit Beruniform                         115 orang
            d)         Rumah sukan (berdasarkan no. pendaftaran pelajar)

iv)            Sejajar dengan dasar pengecilan unit dalam kokurikulum khususnya dalam sukan dan permainan beberapa kelab sukan/permainan telah dibubarkan seperti kelab olahraga,kelab petanque, kelab memanah,kelab badminton dan kelab catur .

v)             Beberapa nama kelab telah ditukar nama iaitu:
a)     Kelab Pusat Sumber ditukar kepada Kelab Rakan Pembaca.
b)    Kelab Landscape ditukar kepada Kelab Alam Sekitar.

vi)            Pendaftaranrumah sukan, kelab/persatuan, sukan/permainan dan unit beruniform akan
dilaksanakan seperti ketetapan di bawah:

            7/1/2014            Pendaftaran rumah sukan          Masa: 8.00 –   9.10 pg
                                    Sukan / Permainan                    Masa: 9.10 – 10.20 pg

                        8/1/2014            Persatuan / Kelab                      Masa: 8.00 –   9.10 pg
Unit Beruniform                         Masa: 9.10 – 10.20 pg              
                                               
v)      Pendaffaran akan menggunakan Borang Pendaftaran Kokurikulum(BPK) dan asingkan mengikut bidang kokurikulum. Borang akan diedarkan kepada pelajar melalui Guru Tingkatan bersama dengan borang data kokurikulum (BDK). Pelajar perlu mendapatkan pengesahan pendaftaran daripada Guru Penasihat masing-masing. Borang yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Guru Tingkatan masing-masing untuk dibuat rumusan pada hari Khamis (10.1.2014). Hasil rumusan hendaklah diserahkan kepada su kokurikulum/PK Kokurikulum pada atau sebelum 30 Januari 2014 (Khamis).

vi)      Guru Tingkatan juga diwajibkan mengemaskini maklumat kokurikulum dalam data HEM/SMM mulai 10/1/2014(Jumaat) hingga 17/1/2014 (Jumaat).
Sila kemaskini Penyertaan dan Jawatan yang disandang.

vii)           Lokasi pendaftaran ialah:

BIL
RUMAH SUKAN
TEMPAT
KETUA GURU RUMAH SUKAN
1
Merah
Bilik seminar
Pn. Rozilah bt Ahmad
En. Mohd Ariffuddin b. Md Amran
2
Biru
Tapak perhimpunan
Pn. Chek Abedah bt Mansor
En. Mohd Faisal b. Jaafar
3
Hijau
Dewan terbuka
Pn. Tang Mei Ling
En. Mokhtar bin Ismail
4
Kuning
Gelanggang takraw
Pn. Mashitah bt. Fauzi
En. Shanmuganthan a/l Krisnasamy
  

Bil.
Sukan/ Permainan
Bilik
Ketua Guru Penasihat
1
Bola sepak
1 UUM
En. Mohd Faizal b. Jaafar
2
Bola Jaring
1 UMS
Pn. Siti Zaini bt. Hj  Pangat
3
Bola Baling
1 UTM
En. Shukri b. Din
4
Bola Tampar
1 UIA
Pn. Fadzura bt. Mohamad
5
Hoki
2 UMS
En. Adnan bin Nazir
6
Sepak Takraw
2 UUM
En. Abdullah Alawi b. Abd Halim
7
Ping Pong
2 UIA
En. Abd. Wahab b. Mohamad Rajab

Bil.
Pasukan Beruniform
Bilik
Ketua Guru Penasihat
1
Kadet Remaja Sekolah
Tapak Perhimpunan
En. Mokhtar bin Ismail
2
Puteri Islam
Surau
Pn. Noor Azirawati bt. Darus
3
St John  Ambulan
Gelanggang Takraw
Pn. Hemahdevi a/p Sovakandan
4
Pengakap
Kantin
En. Noorazizuddin b. Mohd Noor
5
Kadet Polis (L)
Dewan terbuka
En. Muhammad Ariffuddin b. Md. Amran
6
Kadet Polis (W)
Bilik Seminar
Pn. Asmayizah bt. Mohd Anuar
7
Kadet Bomba
1 PAV
Pn. Siti Munirah bt. Md. Yusof

Bil.
Persatuan / Kelab
Bilik
Ketua Guru Penasihat
1
Bahasa Melayu
1UUM
Pn. Nooranita bt. Hamid
2
Bahasa Inggeris
1 UMS
Pn. Usha Devi a/p Balasundram
3
Bahasa Tamil
1 UTM
Pn. Sundarambal a/p Krishnan
4
Sains dan Matematik
1 UIA
Pn. Nuraida bt. Mohammad
5
Skim Pinjaman Buku Teks
2 UMS
Pn. Liew Cheah Yinn
6
Pendidikan Islam
2 UUM
En. Noor Suhaini bt. Omar
7
 Rukun Negara
2 UIA
En. Hasni bin Mohamed Nor
8
Kebudayaan & Kesenian
2 UTM
Cik Tan Yan Sang
9
Majlis Keselamatan Jalan Raya
PERALIHAN
Pn. Noor Eshah bt. Ismail
10
Usahawan Muda
4 UNIMAS
Pn. Chek Abedah bt. Mansor
11
Kelab Alam Sekitar
4 UKM
En. Mohd Sani b. Hj. Ahmad
12
Pengguna
4 UPM
Pn. Norlidar bt. Yahya
13
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
4 UM
Pn. Salmah bt. Othman
14
Cegah Jenayah
4 USM
Pn. Noorazila bt. Anisi
15
Kelab Rakan Pembaca
5 UPM
Pn Norulwidad bt. Zakaria
16
Kelab Seni dan Kraf
5 USM
En. Govindasamy a/l Ana Pappa
17
Kelab Komputer
5 UKM
Cik Nor Azah bt. Mat Nor

4.         Semasa aktiviti kokurikulum

Pada hari pertama perjumpaan , Guru Penasihat menentukan lokasi/tempat yang sesual untuk menjalankan aktiviti.
Cadangan  lokasi Pasukan Beruniform:
Bil.
Pasukan Beruniform
Bilik
Ketua Guru Penasihat
1
Kadet Remaja Sekolah
Gelanggang takraw
En. Mokhtar bin Ismail
2
Puteri Islam
Surau
Pn. Noor Azirawati bt. Darus
3
St John  Ambulan
Belakang Bengkel
Pn. Hemahdevi a/p Sovakandan
4
Pengakap
Belakang M. Sains
En. Noorazizuddin b. Mohd Noor
5
Kadet Polis (L)
Tapak Perhimpunan
En. Muhammad Ariffuddin b. Md. Amran
6
Kadet Polis (W)
Tapak perhimpunan
Pn. Asmayizah bt. Mohd Anuar
6
Kadet Bomba
Hadapan surau
Pn. Siti Munirah bt. Md. Yusof


Cadangan Lokasi Sukan/Permainan :

Bil.
Sukan/ Permainan
Bilik
Ketua Guru Penasihat
1
Bola sepak
Padang
En. Mohd Faizal b. Jaafar
2
Bola Jaring
Padang
Pn. Siti Zaini bt. Hj  Pangat
3
Bola Baling
Padang
En. Shukri b. Din
4
Bola Tampar
Tapak Perhimpunan
Pn. Fadzura bt. Mohamad
5
Hoki
Gelanggang takraw
En. Adnan bin Nazir
6
Sepak Takraw
Gelanggang takraw
En. Abdullah Alawi b. Abd Halim
7
Ping Pong
Dewan terbuka
En. Abd. Wahab b. Mohamad Rajab

            Cadangan Lokasi Persatuan/Kelab:

Bil.
Persatuan / Kelab
Bilik
Ketua Guru Penasihat
1
Bahasa Melayu
1UUM
Pn. Nooranita bt. Hamid
2
Bahasa Inggeris
1 UMS
Pn. Usha Devi a/p Balasundram
3
Bahasa Tamil
1 UTM
Pn. Sundarambal a/p Krishnan
4
Sains dan Matematik
1 UIA
Pn. Nuraida bt. Mohammad
5
Skim Pinjaman Buku Teks
2 UMS
Pn. Liew Cheah Yinn
6
Pendidikan Islam
2 UUM
En. Noor Suhaini bt. Omar
7
 Rukun Negara
2 UIA
En. Hasni bin Mohamed Nor
8
Kebudayaan & Kesenian
2 UTM
Cik Tan Yan Sang
9
Majlis Keselamatan Jalan Raya
PERALIHAN
Pn. Noor Eshah bt. Ismail
10
Usahawan Muda
4 UNIMAS
Pn. Chek Abedah bt. Mansor
11
Kelab Alam Sekitar
4 UKM
En. Mohd Sani b. Hj. Ahmad
12
Pengguna
4 UPM
Pn. Norlidar bt. Yahya
13
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
4 UM
Pn. Salmah bt. Othman
14
Cegah Jenayah
4 USM
Pn. Noorazila bt. Anisi
15
Kelab Rakan Pembaca
5 UPM
Pn Norulwidad bt. Zakaria
16
Kelab Seni dan Kraf
5 USM
En. Govindasamy a/l Ana Pappa
17
Kelab Komputer
5 UKM
Cik Nor Azah bt. Mat Nor


i)              Semua Guru Penasihat hendaklah berada bersama-sama pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.TIADA LATIHAN TANPA GURU.
ii)             Aktiviti hendaklah dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
iii)            Kawalan keselamatan dan disiplin pelajar hendaklah diutamakan.
iv)         Aktiviti di kawasan kantin adalah dilarang kecuali waktu rehat.
iv)            Borang laporan aktiviti kokurikulum hendaklah dilengkapkan dan difailkan selepas aktiviti.
v)             Sila tanda kehadiran pelajar dalam Buku laporan aktiviti Kokurikulum.
vi)            Guru penasihat wajib menandatangani kad kehadiran kokurikulum pelajar
vii)           Penilaian kokurikulum setiap pelajar ( Tingkatan I -- 5 ) perlu dinilai pada setiap hujung tahun oleh Guru Tingkatan (Borang penilaian akan disediakan)

5.         Mesyuarat Kokurikulum
i)          Mesyuarat akan diadakan sebanyak 4 kali. ( Sila rujuk Takwim SMK Jawi 2013)

BIL
TARIKH MESYUARAT
PENCATAT MINIT
1
27 Disember 2013
Pn. Norulwidad binti Zakaria
2
8 April 2013
Pn. Dara Nur Suraya binti Abdullah
3
2 Julai 2013
Pn. Norulwidad binti Zakaria
4
8 Oktober 2013
Pn. Dara Nur Suraya binti Abdullah
vi)            Minit mesyuarat kokurikulum, mesyuarat penyelaras dan mesyuarat jawatankuasa mesti dibuat dalam 4 salinan dan diserahkan kepada penolong kanan kokurikulum
1 minggu selepas mesyuarat dilaksanakan.
-       1 salinan untuk fail sekolah
-       1 salinan untuk penolong kanan kokurikulum
-       1 salinan untuk fail penyelaras
-       1 salinan untuk fail unit masing-masing.

  
6.         Pemakaian Uniform/Pakaian aktiviti
i)          Semua pelajar dan guru diwajibkan memakai uniform pada setiap hari Rabu dan hari
Isnin minggu ketiga setiap bulan.Bagi pentadbir digalakkan memakai uniform
Kadet Remaja Sekolah.
ii)          Mulai bulan Februari, diharap semua pelajar dapat memakai uniform lengkap pada setiap  hari Rabu.
vii)          Semasa perjumpaan kelab  sukan dan permainan pelajar dibenarkan memakai t-shirt pasukan uniform  masing-masing /t shirt rasmi sekolah bersama track suit bagi aktiviti luar sahaja, jika aktiviti yang dijalankan berbentuk dalaman, pelajar wajib memakai uniform lengkap.
viii)        Mulai 6 Januari 2014, Semua guru perlu memakai uniform lengkap seperti mana yang ditetapkan oleh unit masing-masing.Bagi guru yang tidak memakai uniform lengkap, nama akan dicatat dalam buku pemantauan pemakaian uniform guru.Sekiranya gagal berbuat demikian sebanyak 3 kali, satu surat penjelasan akan dikeluarkan kepada guru tersebut.
ix)           Bagi guru yang mengandung lima bulan ke atas dikecualikan memakai uniform.

7.         Takwim Kokurikulum (Jadual Aktiviti)
i)          Sila rujuk takwim kokurikulum 2014
ii)          Aktiviti Pasukan Beruniforrn , Persatuan dan Kelab dan sukan/permainan seperti dalarn takwim.
iii)             Perjumpaan akan diadakan pada setiap Rabu jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi.
iv)            Tiada perhimpunan pagi pada setiap hari Rabu.

8.         Carta Organisasi Kokurikulum
            Sila rujuk carta organisasi Kokurikulum

9.         Penilaian Kokurikulum 10 %
            i)          Berterusan dalam tempoh persekolahan dan markah dalam bentuk CGPA
            ii)          Murid wajib melibatkan diri dalam 3 bidang kokurikulum
a)    Unit Beruniform    b)   Persatuan dan Kelab   c)  Sukan dan Permainan
iii)         Unsur  yang diberi penilaian : 
a)            Kehadiran                             -           50%
b)           Jawatan  yang  disandang      -           10%
c)          Penglibatan                             -           20%
d)           Pencapalan                            -           20%     
iii)            Penilaian dibuat secara berasingan dalam ketiga-tiga bidang yang disertai.
iv)            Markah purata diberi pada hujung tahun untuk tentukan gred dengan menggunakan
Borang penilaian  Kokurikulum
v)             Penilaian berdasarkan 2 markah unit  tertinggi daripada 3 unit kokurikulum.
vi)            Sijil Pencapaian Kokurikulum hanya diberi kepada pelajar Tingkatan Lima pada
            penghujung  tahun sahaja.
vii)           Guru tingkatan dikehendaki memastikan jawatan yang  dipegang oleh pelajar untuk
markah bonus bagi pelajar.
viii)          Guru penasihat juga dikehendaki merekodkan  ekstra kokurikulum bagi setiap setiap pelajar.
           
10.        Perhimpunan Bulanan kokurikulum

i)              Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan diadakan pada minggu ketiga
             setiap bulan bermula bulan 13 Januari 2014.
ii)             Perhimpunan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dengan bantuan guru
             bertugas dan Guru Penasihat
iii)         Penyelaras Unit Beruniform bertanggungjawab memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik
iv)            Semua guru dan pelajar wajib memakai uniform lengkap pada hari tersebut. 
  
v)             Jadual pelaksanaan :

Bil
Tarikh
Pasukan Beruniform
1
13 Januari 2014
Kadet Remaja Sekolah
2
17 Februari 2014
Kor Kadet Polis
3
17 Mac 2014
Pergerakan Puteri Islam
4
21 April 2014
St. John Ambulans
5
19 Mei 2014
Pasukan Pengakap
6
16 Jun 2014
Pasukan Bomba
7
21 Julai 2014
Kadet Remaja Sekolah
8
18 Ogos 2014
Kor Kadet Polis
9
22 September 2014
Pergerakan Puteri Islam
10
20 Oktober 2014
St. John Ambulance
11
17 november 2014
Pasukan Pengakap

                        Tugasan:

i)              Susun kerusi di tapak perhimpunan sebelum 7.30 pagi untuk guru-guru.
ii)             Lantik pengacara majlis, 2 orang penaik bendera  di kalangan ahli pasukan badan beruniform yang bertugas.
iii)            Kedudukan barisan semasa perhimpunan ialah setiap platun  badan beruniform perlu berada dalam keadaan berdiri dalam 3 barisan dan diketuai oleh ketua platun atau sarjan platun yang berada satu meter di hadapan platun.
iv)            Aturcara untuk perhimpunan kokurikulum cuma berkaitan dengan hal-hal kokurikulum sahaja, tidak boleh dicampur dengan hal-hal lain.
v)             Sila kembalikan semula kerusi ke tempat asal selepas perhimpunan kokurikulum. 

11.        Agihan Ahli Rumah Sukan

Agihan rumah sukan adalah berdasarkan nombor pendaftaran sekolah pelajar.

i).         Nombor pendaftaran yang  berakhir dengan nombor:

1  atau  5                      -           Rumah Merah
2  atau  6                      -           Rurnah Kuning
3  atau  7                      -           Rumah Hijau
4  atau  8                      -           Rumah Biru

ii).         Nombor pendaftaran yang berakhir dengan nombor:

09, 20, 29, 60, 69           -           Rumah Kuning
90, 30, 39, 70, 79           -            Rumah Hijau
99, 40,  49, 80, 89          -           Rumah Biru
00, 10, 19,  50, 59          -           Rumah merah

iii).        Guru Tingkatan  diminta menvediakan 4 salinan senarai nama terbaru ahli rumah   sukan  sebelum atau pada 24 Januari 2014 seperti berikut

-           1 salinan simpanan guru tingkatan
-           1 salinan ditampal di hadapan kelas
-           1 salinan kepada Setiausaha Sukan
-           1 salinan kepada PK Kokurikulum

12.        Jadual  Latihan Rumah Sukan

            i)          Latihan rumah sukan akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 3.20 petang hingga
5.20 petang sepertimana yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG.
            ii)          Semua pelajar perlu membawa duit lebih dan pakaian sembahyang(bagi pelajar Islam)
pada setiap hari Khamis.
iii)            Rehat kali kedua setiap Khamis bermula 3.00 petang hingga 3.20 petang .
iv)            Bas pelajar akan datang mengambil pelajar pada jam 5.20 petang.

13.        Jadual latihan Pasukan Sekolah
           
i)              Mesti dilakukan secara berkala, menyeluruh dan sistematik.
ii)             Latihan untuk pasukan sekolah bermula 13 januari 2012.
iii)            Jadual latihan berkala untuk latihan pasukan sekolah adalah seperti berikut:

Pasukan
Hari
Masa
Bola baling, bola jaring,sepak takraw
Isnin
4.00 -6.00
Bola sepak,  bola tampar,ping pong
Selasa
4.00-6.00
Hoki, Olahraga,petanque
Rabu
4.00-6.00
           

14.        Pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan

i)              Berterusan dalam tempoh persekolahan & markah dalam bentuk peratus
ii)          Program ini boleh dilaksanakan semasa waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan waktu aktiviti kokurikulum dijalankan.
v)             Perlaksanaan program boleh  dilaksanakan melalui pendekatan :
a)     Program Sukan Umum seperti merentas desa, sukantara dan kejohanan balapan dan padang sekolah.
b)    Kelab Sukan & Permainan seperti latihan pelbagai permainan dan ”modified sport” selama 90 minit seminggu.Jadual perlaksanaan adalah seperti berikut:


MINGGU PERTAMA, MINGGU KETIGA DAN MINGGU KELIMA

BIL
HARI
MASA
TINGKATAN
SUKAN/PERMAINAN
GURU TERLIBAT

1


SELASA

4.00-6.00

PER,1 DAN 2


Bola  Sepak(L)
Bola baling(L)
Bola jaring(P)
Ping pong(P)
Semua guru penasihat  yang terlibat dengan sukan & permainan yang terlibat

2

RABU

4.00-6.00

3, 4 & 5


MINGGU KEDUA DAN MINGGU KEEMPAT

BIL
HARI
MASA
TINGKATAN
SUKAN/PERMAINAN
GURU TERLIBAT

1


SELASA

4.00-6.00

PER,1 DAN 2

Sepak takraw(L)
Bola tampar(L)
Badminton (P)
Hoki(P)
Semua guru penasihat yang terlibat dengan kelab sukan & permainan yang terlibat

2

RABU

4.00 – 6.00

3, 4 DAN 5
·         Latihan Kelab Sukan & permainan ini hanya dilaksanakan pada minggu di mana tiada perjumpaan untuk Kelab Sukan & Permainan di sebelah pagi  dan tiada latihan untuk rumah sukan pada sebelah petang sahaja.

c)     Pertandingan dalaman seperti Pertandingan antara rumah.
d)    Pertandingan luaran seperti MSSPP, MSSM dan sebagainya.
e)     Pengajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
f)     Latihan dalaman seperti latihan rumah sukan

vi)            Latihan tetap 1M1S berasaskan Kelab Sukan & Permainan akan bermula 11 Februari 2014
vii)           Kehadiran pelajar mesti diambil setiap kali perjumpaan diadakan.Buku pemantauan
viii)          Program 1M1S akan diuruskan oleh guru penasihat Kelab Sukan Dan Permainan.
ix)            Pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan MSSPP dan MSSM tidak perlu terlibat dalam Latihan Kelab Sukan & Permainan di sepanjang tempoh latihan intensif dijalankan dengan syarat latihan tersebut dijalankan setiap minggu sehingga hari pertandingan.

x)             Unsur  yang diberi penilaian :  (Rujuk  REKOD PENILAIAN 1M1S)
a)    Kehadiran                           -           50%
b)   Jawatan  yang  disandang   -           10%
c )  Penglibatan                         -           20%
d)   Pencapalan                         -           20%
            viii)       Reten bulanan/Laporan bulanan untuk aktiviti 1M1S1M mesti di buat setiap bulan oleh
Jawatankuasa 1M1S1M menggunakan borang yang disediakan oleh JPN dan perlu dibuat
dalam 2 salinan;
Salinan pertama – dihantar ke PPD
Salinan kedua     - disimpan dalam fail Jawatankuasa 1M1S1M

15.        Perjumpaan Mingguan/Latihan

i)              Kedatangan guru/jurulatih wajib sepanjang sesi perjumpaan dan latihan berjalan.
ii)             Mengendalikan perjumpaan /latihan mengikut perancangan
iii)            Mengawas,mengawal, mengurus dan menyelia aktiviti dan keselamatan pelajar.
iv)            TIADA AKTIVITI/LATIHAN TANPA GURU.
v)             Buat laporan menggunakan borang yang disediakan untuk setiap aktiviti/latihan yag dijalankan.
vi)            MESTI dimaklumkan kepada jurulatih dan pelajar sekiranya perjumpaan/latihan dibatalkan.
vii)           Patuhi tarikh dan masa perjumpaan(masa bermula dan masa berakhir).
viii)          Rekod  kehadiran pelajar.
ix)            Sampaikan arahan-arahan dan teguran –teguran yang perlu.
x)             Beri motivasi
xi)            Rekod kehadiran guru penasihat/jurulatih semasa aktiviti dalam buku laporan aktiviti (sebelah petang)
xii)           Aktiviti kokurikulum hendaklah diadakan mengikut jadual yang ditetapkan dan aktiviti tambahan boleh dilaksanakan pada masa yang sesuai dan amat digalakkan.
xiii)          Setiap kali perjumpaan guru penasihat dikehendaki mengambil fail unit masing-masing dan
diserahkan kembali selepas perjumpaan dijalankan.

16.        Keselamatan dan kebajikan pelajar semasa aktiviti/latihan/aktiviti luar
i)      Rancang langkah-langkah keselamatan dan kebajikan semasa latihan/aktiviti seperti makan, minum dan rawatan pelajar.
ii)     Ambil tindakan segera bagi kes-kes kemalangan
          i . Hubungi waris
         ii . Hantar ke hospital/klinik
iii)    Guru-guru mesti ada kemahiran asas memberi rawatan untuk kes seperti pengsang, pitam luka, cedera ringan dan sebagainya.
iv)    Pelajar yang mempunyai penyakit kronik seperti kepatahan, ashma, semput, masalah jantung dan sebagainya tidak boleh dibenarkan/tidak boleh dipaksa mengambil bahagian
v)     Bagi semua aktiviti lasak, pelajar dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
vi)    Lapor kepada pihak berwajib sekiranya ada gangguan dari luar
vii)   Siasat hubungan lelaki dan perempuan yang terlalu intim  semasa aktiviti kokurikulum.
viii)  Siasat hubungan pelajar perempuan dengan orang luar yang menemani pelajar untuk aktiviti/latihan
ix)    Pastikan terlebih dahulu peralatan yang digunakan adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan semasa aktiviti.
x)     Kawasan latihan/permainan juga perlu dipastikan dalam keadaan baik, teruurs dan selamat untuk digunakan.
xi)    Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk dan ada kilat atau petir.
xii)   Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau penolong kanan kokurikulum dengan segera/ Sila patuhi SOP 137.
xiii)  Semua kemalangan yang berlaki semasa aktiviti kokurikulum hendaklah direkodkan. 

   
17.        Membawa pelajar menyertai aktiviti luar/pertandingan

i)      Patuhi prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah
ii)     Guru perlu perlu menadapatkan kebenaran bertulis daripada waris
iii)    Pakaian semasa menyertai pertandingan sukan ialah t shirt sekolah/sukan berkolar dan track suit serta BERKASUT. Selipar tidak dibenarkan sama sekali
iv)    Guru perlu memakai pakaian yang bersesuaian misalnya pakaian sukan.
v)     Pakaian semasa menyertai pertandingan bagi aktiviti kelab/persatuan/unit uniform ialah uniform sekolah/uniform pasukan yang lengkap.
vi)    Pakaian semasa lawatan adalah uniform sekolah semasa bertolak dari sekolah dan ke tempat-tempat lawatan yang melibatkan agensi luar.
vii)   Sebarang jenis pakaian berbentuk JEANS ADALAH DILARANG.
viii)  Jersey pertandingan/t shirt pertandingan dipakai semasa di tempat perlawanan dijalankan.
ix)    Pelajar Islam DILARANG memakai seluar pendek sahaja tanpa thight.
x)     Penerapan nilai –nilai agama dan moral merentas kokurikulum perlu ditekankan kepada semua pelajar.
xi)    Guru penasihat perlu memastikan soal ibadat khususnya sembahyang lima waktu dan soal aurat tidak diabaikan oleh pelajar yang beragama Islam.
xii)   Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri, peraturan jalanraya perlu dipatuhi. Kebenaran bertulis membawa kenderaan sendiri perlu diperoleh daripada pengetua.
xiii)  Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam sesebuah kenderaan.
xiv) Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada jumlah 10 orang murid untuk seorang guru bagi aktiviti yang tidak melibatkan air dan 5 orang murid untuk seorang guru bagi aktiviti yang melibatkan air.
xv)  Bagi aktiviti air, sila rujuk dan patuhi pekeliling yang  sedia ada.
xvi) Sekiranya terdapat pelajar perempuan, seorang guru perempuan hendaklah mengiringi pelajar tersebut.

18.        Menguruskan program/aktiviti

i)      Sediakan kertas konsep/kertas kerja yang lengkap dan terperinci dan laksanakan sepertimana yang dirancang.
ii)     Bentangkan dalam mesyuarat
iii)    Rancang, urus dan laksanakan program dengan baik
iv)    Buat dokumentasi/laporan untuk program /aktiviti yang dijalankan.
v)     Amalkan budaya kerja secara sepasukan.
vi)    Amalkan semangat ”espirit de corp”.
vii)   Semua guru mesti terlibat. TIDAK ADA ISTILAH TIDAK TAHU DAN  TIDAK PAYAH TERLIBAT.

19.        Kehadiran Mesyuarat/taklimat kokurikulum

i)      KEHADIRAN WAJIB
ii)     Bagi guru, sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan kepada pengetua secara bertulis sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat/taklimat dan hendaklah menghantar wakil/pengganti ke mesyuarat tersebut.
iii)    Ketidakhadiran sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan diberi surat penjelasan/tunjuk sebab.
iv)    Buat/sediakan laporan aktiviti/perjumpaan/latihan yang telah dilaksanakan
v)     DILARANG SAMA SEKALI BERSEMBANG,keluar masuk tanpa kebenaran, sila fokus pada agenda mesyuarat.
vi)    Sila urus dan selesaikan urusan peribadi sebelum mesyuarat bermula/tarikh mesyuarat.
vii)   Patuhi protokol  menghadiri mesyuarat sepenuhnya
viii)  Bagi guru yang terlibat dengan mesyuarat diluar sekolah yang berkaitan kokurikulum sila buat minit curai 3 hari setelah menghadiri mesyuarat.
ix)    Pastikan setiap guru membuat catatan semasa sesuatu mesyuarat/taklimat dijalankan
x)     Setiausaha hendaklah menyediakan minit mesyuarat selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.



20.        Menghadiri Kursus/mesyuarat/taklimat/seminar/bengkel anjuran PPD/JPN/KPM

i)      KEHADIRAN WAJIB bila diarahkan kecuali atas alasan kritikal.
ii)     Sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pengetua sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh kursus/taklimat/seminar/bengkel anjuran PPD/JPN/KPM dan hendaklah diganti.
iii)    Sila sediakan minit curai sekembalinya daripada kursus/mesyuarat/bengkel untuk makluman dan tindakan pihak pentadbiran dan serahkan dalam masa 3 hari dari tarikh kursus/mesyuarat/taklimat/seminar/bengkel.
iv)    Bahan-bahan kursus hendaklah diserahkan/dimaklumkan kepada penolong kanan kokurikulum.
v)     Sila isi borang kehadiran kursus untuk tindakan/makluman.
vi)    Buku rekod mengajar hendaklah disediakan seperti biasa.
vii)   In House training perlu disediakan selepas menghadiri kursus.
viii)  Guru guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran/surat siaran/pekeliling sekolah terutama berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu perjalanan pengurusan pentadbiran sekolah

21.        Penggunaan Peruntukan Wang Kokurikulum
i)              Bagi unit yang ingin menggunakan wang peruntukan kokurikulum samada wang Bantuan Sukan Sekolah atau Wang Bantuan Kokurikulum Sekolah dan wang bayaran tambahan sekolah  perlu membuat permohonan secara bertulis kepada pengetua.
ii)             Permohonan penggunaan hendaklah dibuat menggunakan nota minta dan perlu mematuhi prosedur kewangan yang sedia ada.
iii)            Permohonan penggunaan wang hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum sebarang aktiviti dijalankan dan serahkan kepada ketua kerani sekolah.Sebarang permohonan yang dilakukan selepas aktiviti berjalan tidak akan dibuat pembayaran.
iv)            Permohonan penggunaan wang kokurikulum mesti melalui penolong kanan kokurikulum.
v)             Pastikan semasa membuat permohonan, kepilkan bersama kertas kerja, surat panggilan/jemputan program, senarai nama pelajar yang terlibat.
vi)            Dapatkan invois daripada pembekal dalam tempoh 7 hari untuk tujuan pembayaran.Invois yang lewat diterima(selepas 7 hari ) dari tarikh perlaksanaan aktiviti tidak akan dibuat pembayaran.Guru yang terlibat perlu bertanggungjawab sepenuhnya diatas pembayaran tersebut.
vii)            Dapatkan resit dari pembekal sebagai bukti pembayaran telah dibuat dan serahkan kepada kerani kewangan/ketua kerani selepas pembayaran dibuat.
viii)          Bagi program/aktiviti yang melibatkan pakej, sila dapatkan sebut harga dari pembekal semasa membuat tuntutan.

22.        Pendokumentasian program /aktiviti kokurikulum/Laporan Akhir Tahun
            Mesti mengandungi :
a.     Kertas Kerja Program/aktiviti/Borang Laporan akhir tahun
b.    Perancangan tahunan (bagi laporan akhir tahun sahaja)
c.     Carta gantt perancangan tahunan(bagi laporan akhir tahun sahaja)
d.    Senarai nama pelajar(bagi laporan akhir tahun sahaja)
e.     Surat panggilan mesyuarat untuk program
f.     Minit-minit mesyuarat pra-program yang terlibat/minit mesyuarat jawatankuasa.
g.    Surat-surat masuk dan surat-surat keluar
h.     Borang Laporan aktiviti
i.      Senarai nama pelajar (ikut pecahan jantina dan kaum)
j.      Laporan ringkas setiap aktiviti beserta gambar pegun(setiap aktiviti perlu ada gambar)
k.     Senarai penyertaan (jika pertandingan)
l.      Senarai keputusan (jika pertandingan)
m.   Rumusan keputusan(jika pertandingan)
n.     Minit mesyuarat post mortem
o.     Laporan setiap jawatankuasa(bagi laporan program sahaja)
p.     Borang soal selidik program(bagi laporan program sahaja)
q.    Rumusan program(hasil mesyuarat dan soal selidik)/rumusan aktiviti.
r.      Lampiran-lampiran
-       Pemplet program
-       Contoh banner (gambar dalam A4)
-       Contoh sijil
-       Resit-resit
-       CD gambar sepanjang program
-       Lain-lain yang difikirkan relevan

23.        Papan Kenyataan Kokurikulum
i)              Setiap unit kokurikulum akan memiliki satu ruang untuk unit masing-masing seperti yang ditetapkan.
ii)             Setiap unit mesti menceriakan ruang maklumat untuk unit masing-masing mengikut kreativiti masing-masing.
iii)            Pastikan ruang maklumat mengandungi struktur organisasi, perancangan tahunan unit,notis perjumpaan,isu-isu semasa, maklumat-maklumat berkaitan dengan unit masing-masing dan sebagainya yang difikirkan sesuai.
iv)            Semua bahan atau maklumat mesti dalam bentuk A4 sahaja. Penggunaan manila kad tidak digalakkan.
v)             Bahan-bahan yang dipamerkan mestilah boleh menambah pengetahuan pelajar tentang unit masing-masing.
vi)            Bahan-bahan pameran hendaklah ditukar setiap 1 bulan sekali kecuali struktur organisasi dan perancangan tahunan unit masing-masing.
vii)           Penilaian papan kenyataan akan dinilai setiap bulan oleh jawatankuasa papan kenyataan sekolah menggunakan borang yang disediakan.
viii)          Papan kenyataan yang paling ceria, kraetif dan inovatif akan diberi pengiktirafan semasa majlis anugerah kokurikulum kokurikulum.

24.        Pemantauan aktiviti kokurikulum

i)              Laporan aktiviti hendaklah dibuat setiap kali aktiviti dijalankan dan senarai penglibatan pelajar hendaklah diasingkan mengikut jantina dan kaum.Pemantauan aktiviti akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun.
a)     Pemantauan pertama           :           28 April 2014 – 30 April 2014
b)    Pemantauan kedua              :           23 Julai 2014 – 27 Julai 2014
c)     Pemantauan ketiga              :           26 Oktober 2014 – 31 Oktober 2014

25.        Laporan Pencapaian dan Penglibatan

i)              Laporan pencapaian dan penglibatan hendaklah dibuat dalam borang yang disediakan dan mesti diserahkan kepada penolong kanan kokurikulum 3 hari selepas pertandingan dijalankan.


10. STRATEGI PELAKSANAAN  KOKURIKULUM SMK JAWI 

Bil
Strategi
Kaedah Pelaksanaan



1



Mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang kokurikulum

§  Penglibatan semua guru di dalam ketiga-tiga unit kokurikulum.
§  Memastikan semua pihak memahami dan menghayati sepenuhnya konsep, dasar dan prinsip kokurikulum
§  Menjadikan kokurikulum sebagai satu disiplin pendidikan yang memberi sumbangan secara langsung kepada proses pembangunan modal insan (jasmani, emosi, rohani dan sosial)
§  Kokurikulum diiktiraf sebagai suatu komuditi atau suatu kerjaya.







2







Mempelbagaikan kelab/persatuan dan sukan/permainan

§  Penstrukturan semula kelab/persatuan dan sukan/permainan bagi memperkemas organisasi dan mengaktifkan kelab/persatuan yang sedia ada.
§  Kelab/persatuan yang berbentuk perkhidmatan dikurangkan.
§  Kelab sukan/permainan yang diwujudkan seragam dengan program sukan/permainan bagi program 1M1S.
§  Kelab sukan/permainan yang tidak mempunyai kemudahan prasarana di sekolah di bubarkan.
§  Kepelbagaian aktiviti yang melibatkan pengembelingan tenaga, usaha,kreativiti dan inovasi pelajar(student oriented)
§  Pengubahsuaian dari segi konsep pendekatan dibuat pada beberapa aktiviti rutin  misalnya kuiz, melukis dan sebagainya.







3







Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah dan kondusif

§  Aktiviti-aktiviti dilaksanakan secara terbuka dan melibatkan penyertaan maksimum banyak pihak khususnya agensi-agensi luar atas dasar perkongsian dan permuafakatan.
§  Memperkenalkan ’Bench Mark Programe’ untuk setiap unit dalam kokurikulum
§  Menganjurkan lebih banyak pertandingan samada di peringkat sekolah atau pertandingan persahabatan dalam membina rangkaian kerjasama dan persefahaman di antara semua pihak yang terlibat.
§  Simbol-simbol kemeriahan seperti bendera, bunting, banner logo-logo dikibar dan dipamerkan di kawasan sekolah.
§  Mewujudkan aktiviti-aktiviti berbentuk integrasi dengan kelas pendidikan khas.
§  Memperkasa program RIMUP.
§  Acara-acara penganugerahan seperti majlis anugerah kokurikulum, majlis anugerah kenaikan pangkat akan diberi perhatian.
§  Pengiktirafan kepada pelajar,guru  dan pihak yang terlibat diberi penekanan samada dalam bentuk pemberian sijil, jamuan dan sebagainya.
§  Program dirancang secara sistematik dan komprehensif
§  Tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang berbentuk hands on.


4

Menjalankan aktiviti dan kegiatan kokurikulum sepanjang tahun

§  Aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara terancang dan berbentuk hands on
§  Aktiviti kokurikulum dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif.
§  Melaksanakan aktiviti utama kokurikulum sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap satu bulan


5

Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemaskini, informatif dan lengkap

§  Mewujudkan Jawatankuasa tetap bagi dokumentasi.
§  Mengaktifkan blog sekolah.
§  Setiap aktiviti kokurikulum mesti dibuat dokumentasi mengikut garis panduan yang disediakan dalam buku pengurusan.





6




Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan, adil dan memberangsangkan
§  Mewujudkan jawatankuasa pemantauan dan penilaian untuk tujuan tapisan
§  Memberi ganjaran/anugearah kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah
§  Merit untuk pelajar yang aktif kokurikulum di dalam data disiplin pelajar
§  Membangunkan sistem untuk penilaian kokurikulum pelajar
§  Pencapaian pelajar akan direkodkan
§  Markah kokurikulum pelajar tingkatan lima akan ditampal di papan kenyataan untuk semakan sebelum sijil dikeluarkan.
§  Mengadakan Hari Anugerah Kokurikulum
§  Mengadakan Majlis Penyematan Pangkat untuk guru penasihat.



7



Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan
§  Pemantauan akan dilakukan 3 kali setahun
§  Guru penasihat wajib menyediakan rancangan tahunan/strategik bagi unit masing-masing
§  Post mortem untuk setiap program akan dibuat selepas setiap program kokurikulum dilaksanakan
§   
§  Kehadiran guru dan pelajar  untuk melaksanakan latihan/aktiviti akan direkodkan dalam buku kehadiran aktiviti khususnya aktiviti di sebelah petang.
§  Pengiktirafan akan diberi kepada unit yang aktif.


8


Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprehensif dan kemas kini
§  Membangunkan pengkalan data yang boleh diakses oleh semua pihak
§  Mendokumentasikan setiap aktiviti yang dilaksanakan.
§  Data penglibatan pelajar dalam kokurikulum akan direkodkan.



9



Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited
§  Memberi latihan/kursus yang berterusan kepada semua guru penasihat
§  Menjalankan Kursus Profesionalisme untuk guru sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
§  Memberi ganjaran/pengiktirafan kepada guru penasihat yang aktif dan komited.
§  Mengadakan lawatan penanda aras di sekolah cemerlang kokurikulum


10


Menjalankan program pembangunan yang berterusan
§  Menjadikan program pembangunan sebagai Program Bench Mark.
§  Setiap Pasukan sukan sekolah diwajibkan melaksanakan program pembangunan sekurangkurangnya sekali dalam setahun. 




”DON’T WALK BEHIND ME, I MAY NOT LEAD,
DON’T WALK IN FRONT ME, I MAY NOT FOLLOW,
JUST WALK BESIDE ME... AND

...BE MY FRIEND”

No comments:

Post a Comment