MOTO

MOTO

JAWI

JAWI

Sunday, 23 June 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 10 TAHUN 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 10 TAHUN 2013


SMK JAWI AKAN MENGADAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 10 

TARIKH :

SUKANTARA : 26 JUN 2013 ( RABU )

ACARA AWAL : 27 / 28 JUN 2013 ( KHAMIS/ JUMAAT )

RAPTAI : 28 JUN 2013 ( JUMAAT )

KEJOHANAN : 29 JUN 2013 ( SABTU )

TEMPAT : PADANG SMK JAWI

MASA : 7.30 PAGI - 2.00 PTG

" SEMUA DIJEMPUT HADIR MEMERIAHKAN KEJOHANAN INI ..... "

Friday, 5 April 2013

MAKLUMAN

PERLAWANAN AKHIR
 KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP 15/18 TKB
 ZON NIBONG TEBAL DAN MAJLIS PENUTUP

 MASA : 3.00 - 7.00 PTG

 TARIKH : 15 APRIL 2013

 HARI : ISNIN

 TEMPAT : STADIUM BATU KAWAN

Saturday, 19 January 2013

Tuesday, 15 January 2013

DASAR KOKURIKULUM SMK JAWI



  1. PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan asas untuk mewujudkan jatidiri yang tinggi dalam kalangan pelajar melalui program kokurikulum dan sukan.Penglibatan aktif pelajar dalam program kokurikulum dan sukan akan membantu menyediakan pendidikan yang holistik untuk meningkatkan kemahiran sosial pelajar dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan mereka selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.Program kokurikulum dan sukan adalah pemangkin perpaduan dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

  1. MOTTO

Transformasi Kokurikulum Melestari Kecemerlangan SMK Jawi.

  1. VISI

SMK Jawi menjadi sekolah cemerlang kokurikulum tahun 2015

  1. MISI

Membangun dan memantapkan program kokurikulum yang berkualiti, terancang, inovatif dan komprehensif bagi memperkasa potensi dan bakat pelajar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  1. MATLAMAT

5.1          Melahirkan pelajar yang prihatin terhadap kecergasan dan kesihatan fizikal supaya
boleh mencapai kecemerlangan dalam pertandingan kokurikulum dan sukan.

5.2          melahirkan pelajar yang aktif, produktif, berdisiplin, bersemangat sukan yang tinggi dan bersatupadu.

5.3          Menyediakan peluang penyertaan yang seluas-luasnya di kalangan pelajar melalui program dan aktiviti kokurikulum dan sukan kea rah kecemerlangan.

5.4          Mengimbang perancangan program kokurikulum dan sukan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5.5          Memastikan semua guru melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan serta berusaha untuk mengecapi kecemerlangan dengan prasarana yang sedia ada.


  1. OBJEKTIF

6.1          Merancang, mengurus dan melaksana  program kokurikulum dan sukan.

6.2          Menyelaras dan menilai program kokurikulum dan sukan.

6.3          Meningkatkan kepimpinan dalam pengurusan program kokurikulum dan sukan




 Kata Imam Al-Ghazali:

“ Seorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpa memikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan jadi guru” 

SELAMAT DATANG KE BLOG PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK JAWI

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM SEJAHTERA
DAN SALAM SATU MALAYSIA ...